BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

NOOREHAN-SYIRAH-SYUHADA

NOOREHAN-SYIRAH-SYUHADA

Sunday, August 15, 2010

MAKLUMAT MODEL PENGAJARAN

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
MODEL SISTEM BEHAVIORAL
MODEL SOSIAL
MODEL PERSONAL
Prinsip/ Konsep Teori
v   Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
v   Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku.
v   Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

MAKLUMAT TAMBAHAN;
v Ada menekankan pembentukan konsep dan pengujian hipotesis oleh pelajar, dan yang lain pula menjana pemikiran kreatif.
v  Ada beberapa model direkabentuk untuk merangsang kebolehan intelek umum.
v  Kebanyakan model pemprosesan maklumat amat berguna untuk mengkaji diri dan masyarakat serta mencapai matlamat peribadi dan sosial pendidikan.
v  Sekarang kita masyarakat akan melihat kerangka yang menggabung idea-idea model pemprosesan maklumat.
Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat

1) Pengenkodan ('Encoding')
Proses yang menentukan cara  maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

2) Penyimpanan ('Storage')
Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan
dalam ketiga-tiga stor memori.

3) Mengingat Kembali ('Retrieval')
Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada
ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

4)  Lupaan ('forgetting')
Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar
diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.
v  Berasaskan eksperiment pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson , atau modifikasi tingkahlaku, terapi tingkahlaku dan cybernetics.
v  Manusia mempunyai mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkahlaku berdasarkan maklum tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi.
v  Contohnya, jika kita menaiki tangga dalam keadaan gelap, sudah tentu kita akan berasa teragak-agak mengambil beberapa langkah.
v  Jikalau kita angkatkan kaki terlalu tinggi, kita akan terasa seolah-olah kaki tersebut terapung agak lama di udara sebelum terpijak pada tangga berikutnya.
v  Jikalau, kita hanya mengangkat kaki sedikit sahaja, besar kemungkinan kita akan tertendang anak tangga seterusnya.
v  Melalui maklum balas, yang kita terima, lama-kelamaan kita dapat jangkakan betapa tinggi atau rendah kaki kita perlu diangkat semasa menaiki tangga dalam keadaan gelap.
Strategi kumpulan model
v  Pengajaran langsung
·         Merupakan strategi yang berarahkan guru di mana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara berlangsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah.
·         Ia mendapati, bahawa agak sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.
v  Pembelajaran masteri
·         Isi pembelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid kita secara individu melalui bahan atau resos pengajaran yang sesuai.
·         Mereka dapat belajar mengikut kadar masing-masing
·         Mereka diuji dengan menggunakan pelbagai bentuk ujian.
·         Sekirannya mereka masih belum menguasai mana-mana unit pengajaran, mereka akan diberi peluang untuk mengulangi unit berkenaan.
·         Pembelajaran masteri berasaskan andaian bahawa setiap murid berupaya menguasai kemahiran-kemahiran penting yang terkandung dalam kurikulum.
v  Pendekatan pembelajaran yang menekankan hubungan individu dengan masyarakat atau orang lain.
v  Difokuskan pada peningkatan kemampuan individu dalam berhubungan dengan orang lain, terlibat dalam proses demokratik dan bekerja secara produktif dalam masyarakat.
Model Pembelajaran Sosial (Main Peranan)
Main peranan adalah suatu model pembelajaran yang bertujuan untuk membantu murid menemukan makna diri (jati diri) di dunia sosial. Proses main peranan ini dapat memberikan contoh kehidupan perilaku manusia yang berguna sebagai ransangan kepada murid untuk:
·      Meluahkan perasaam
·      Memperoleh inspirasi dan pemahaman yang berpengaruh terhadap sikap, nilai dan pemikirannya.
·     Memperkukuhkan lagi dalam menyelesaikan masalah
·     Mendalami mata pelajaran dengan pelbagai cara.

B. Model Pembelajaran Simulasi Sosial
Simulasi telah diterapkan dalam pendidikan lebih dari tiga puluh tahun . pelopornya antara lain Sarene Boocock dan Harold Guetzkow.Model ini merupakan penerapan dari prinsip sibernetik

Proses simulasi bergantung pada peranan guru atau fasilitator. Ada empat prinsip yang harus ada sebagai fasilitator
1. Penjelasan.
Guru /fasilitator hendaknya memberikan penjelasan dengan sejelas jelasnya tentang aktiviti yang harus dilakukan.
2. Mengawasi.
Simulasi dirancang untuk tujuan tertentu dengan susunan dan prosedur yang tertentu.
3. Melatih.
Dalam simulasi ini, pemain akan melakukan kesalahan,guru harus memberikan arahan sehingga mereka tidak melakukan kesalahan yang sama.

4. Perbincangan.
Dalam simulasi, refleksi menjadi sangat penting oleh kerana itu setelah simulasi selesai guru membincangkan beberapa hal seperti
(1) Keberkesanan aktiviti
(2)kekurangan
(3)Cara mengatasi.
C. Model Pembelajaran Sosial          ( Pembelajaran Koperatif)

vPembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).

vModel pembelajaran ini berfokuskan kepada perkembangan
konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan.

vSasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
b. saling berinteraksi secara bersemuka,
c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
d. kemahiran koperatif, dan
e. pemprosesan kumpulan
vGanjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.
vBeberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).
vPengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
vPembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
v  Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.
v  Berpunca daripada pandangan dalam teori pembelajaran Humanistik.
v  Berorientasi pada individu dan pengem­bangan diri (self).
v  Fokus kepada pembentukan peribadi individu.
v  Sasaran utama model pembelajaran ini adalah pengembangan peribadi atau kemampuan pribadi.
v  Model pembelajaran personal terdiri dan 4 jenis strategi pem­belajaran, ialah:

i.        Pengajaran tanpa arahan; Bertujuan untuk membentuk kemampuan dan perkembangan peribadi iaitu kesedaran diri (self awareness), pemahaman (understanding), otonomi, dan konsep kendiri (self con­cept).

ii.        Latihan kesedaran; Bertujuan untuk meningkatkan kemampuan self exploration and self awareness. Apa yang perlu dititik beratkan pada perkembangan interpersonal awareness and understanding and body and sensory awareness.

iii.        Sinektik       

iv.        Bertujuan untuk mengembangkan kreativiti peribadi dan pemecahan masalah secara kreatif.
v.        Sistem konseptual       Bertujuan untuk meningkatkan lagi keperibadian seseorang.

0 comments: