BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

NOOREHAN-SYIRAH-SYUHADA

NOOREHAN-SYIRAH-SYUHADA

Sunday, August 15, 2010

TEORI BEHAVIORIS

ksperiment

TEORI BEHAVIORIS

v  Ivan Petrovich Pavlov









   Lahir : 14 September 1849
   Meninggal: 27 Februari 1936

v  John Broadus Watson









    Lahir: 9 Januari 1878. 
    Meninggal : 25 September 1958.
v  Edward Lee Thorndike









Meninggal: 9 Ogos 1949

Burrhus Frederic Skinner

Lahir : 20 Mac 1904.
Meninggal: 18 Ogos 1990.

Prinsip/Konsep Teori Behavioris-
 Pendahuluan.

v  Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku.
v  Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran
v  Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan
Prinsip Pelaziman Klasik
v  Menumpukan kepada Ransangan dan Gerak Balas.
v  Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku.
v  Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum  memulakan pengajaran
v  Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan
Konsep Pelaziman Klasik
v  Menghasilkan gerak balas automatik dengan rangsangan baru.
v  Dikenali sebagai pelaziman Ransangan- Gerakbalas.
v  Gerak balas menimbulkan satu gerak balas secara refleksif.
v  Ransangan tidak terlazim
·         Sesuatu yang menghasilkan gerakbalas(makanan)
v  Gerak balas tidak terlazim
·         Sesuatu yang dihasilkan oleh ransangan (perembesan)
v  Ransangan terlazim
·         Rangsangan yang baru yang diberi bersama rangsangan lama(loceng)
v  Gerak balas terlazim
·         Gerak balas yang dihasilkan oleh rangsangan baru selepas dipadankan dengan rangsangan lama(perembesan).
Eksperiment/Kajian
















Sebelum Pelaziman
Semasa
Pelaziman
Selepas
Pelaziman
Eksperimen
1.    Bunyi loceng
2.    Tunggu sementara
3.    Diberikan makanan
4.    Proses berulang-ulang

Rangsangan tak terlazim
(Makanan)

Gerak balas tak terlazim (perembesan)
    TETAPI
Rangsangan neutral(bunyi loceng)
Tiada gerak balas (tiada perembesan)
Ransangan terlazim (loceng)
+
Ransangan tidak terlazim
(makanan)

Gerak balas tidak terlazim (perembesan)
Ransangan terlazim
(loceng)

Gerak balas terlazim
(perembesan)


Prinsip Pembelajaran
  • v  Generalisasi
·         Rangsangan yang sama menghasilkan tindak balas yang sama.
  • v  Dikriminasi
·         Berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain.
·         Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada bunyi loceng.
  • v  Penghapusan
·         Gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapus apabila peneguhan atau ganjaran tidak diberikan lagi.
·         Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.
  • v  Pembelajaran semula
·         Ransangan yang terhapus dipelajari semula dan menghasilkan gerak balas.

Prinsip/ Konsep Teori Humanisme-Edward Lee Thorndike
Prinsip
v  Menumpukan kepada:
·         Hukum Kesediaan
·         Hukum Kesan
·         Hukum Latihan

Konsep
v  Melihat antara rangsangan dan tindak balas
v  Manusia belajar melalui proses cuba jaya
v  Ganjaran mendorong manusia melakukan sesuatu gerak balas
v  Denda menghalang manusia dari melakukan gerak balas
v  Organisma beroperasi atau bertindak dalam persekitaran untuk menghasilkan sesuatu yang positif kerana menapat gerak balas positif
v  Pelaziman operan, organisma akan melakukan gerak balas secara sukarela
v  Pembelajaran memerlukan praktik dan ganjaran.
v  Suatu siri tindak balas boleh digabungkan.
v  Pemindahan pembelajaran berlaku disebabkan oleh situasi yang pernah dialami.
v  Kepintaran adalah fungsi bilangan hubungan yang dilakukan.

Pendahuluan eksperiment.

v  Kotak ajaib Thorndike.
v  Kotak ajaib berfungsi berasaskan prinsip pelaziman instrumental.
v  Sekirannya haiwan ini diberi ganjaran, gerak balas tersebut akan berulang kerana sudah berlakunya pembelajaran.
v  Sebaliknya, jika tiada ganjaran diberi, gerak balas tadi akan hilang secara beransur-ansur.
Sebelum eksperiment
v  Pada peringkat awal, Thorndike meletakkan seekor kucing yang lapar ke dalam kotak ajaib.
v  Kemudian, beliau memerhatikan bagaimana kucing tersebut berusaha melepaskan diri daripada kotak tersebut untuk mendapatkan makanan.
v  Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa kucing berjaya memperoleh makanan melalui cuba jaya.
Semasa eksperiment
v  Thorndike menyediakan satu graf yang menunjukkan penggunaan masa bagi percubaan-percubaan yang mencapai kejayaan.
v  Thonrndike melakukan eksperimentnya berulang kali.
v  Lingkungan pembelajaran meningkat secara mendadak, sebalikknya jangka masa kucing berada dalam kotak ajaib secara beransur-ansur menjadi lebih singkat.
v  Ini bermaksud, haiwan tersebut bukan sahaja mengetahui tindakan yang perlu diambil, bahkan membuat perkaitan antara situasi di mana ia berada dengan gerak balas yang tepat untuk membebaskan diri.
Kesimpulan.
v  Dalam eksperiment ini, terdapat rangsangan dan gerakbalas tertentu yang boleh atau tidak boleh dikaitkan antara satu sama lain.
v  Apabila urutan rangsangan-gerakbalas diikuti dengan keseronokan, gerakbalas tersebut akan kekal, sebaliknya gerakbalas yang diikuti dengan kesakitan akan lenyap begitu sahaja.

Hukum Pembelajaran
v  Hukum Kesediaan
·         Hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar.
·         Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya.
·         Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna.
·         Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.

v  Hukum Latihan
·         Pengulangan rangkaian rangsangan-gerak balas(s-r).
·         Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.
·         Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang.
v  Hukum Kesan
·         Perkaitan stimulus-respond(s-r) akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan selepas gerak balas dihasilkan dan sebaliknya akan lemah jika menyakitkan.
·         Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.
Burrhus Frederic Skinner
Prinsip
v  Memberi tumpuan Kepada peneguhan positif
Konsep
v  Berasaskan rangsangan gerak balas
v  Individu akan bertindak balas terhadap persekitaran dan boleh mengubah persekitarannya
v  Mementingkan unsur motivasi
v  Jika sesuatu tingkahlaku diingini, ia hendaklah diberi peneguhan tingkahlaku itu
v  Skinner mengutamakan konsep peneguhan kerana ia adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang dikehendaki
Eksperiment

v  Dikenali sebagai eksperiment Kotak Skinner.
v  Seekor tikus diletakkn di dalam sebuah sangkar khas.
v  Kotak tersebut mempunyai satu penekan yang terletak pada sebelah dinding.
v  Apabila ditekan, ia akan mengeluarkan satu ketulan makanan ke dalam kotak tersebut.
v  Tikus tersebut secara tidak sengaja melompat-lompat sehingga tertekan penekan dan ketulan makanan pun jatuh ke dalam kotak tersebut.
v  Tingkah laku yang dilakukan sebelum terhasilnya ketulan makanan dikenali sebagai pengukuhan.
v  Selepas tikus mendapat ganjaran iaitu makanan, tikus tersebut terus-menerus menekan penekan untuk mengumpul seberapa banyak makanan yang mungkin.
Kesimpulan eksperiment
v  Tingkahlaku yang diikuti oleh pengukuhan akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa depan.
v  Tingkah laku yang tidak diikuti oleh pengukuhan akan menyebabkan kebarangkalian pengurangan tingkahlaku tersebut pada masa depan.

John Broadus Watson
Prinsip
v  Menekannkan kepada emosi selesa.
Konsep
v  Tingkahlaku adalah suatu turutan gerak balas terlazim terhadap rangsangan di persekitaran
v  Rangsangan tersebut dapat dilihat dan diukur secara objektif, tidak seperti proses mental yang subjektif
v  Mengatakan psikologi ialah untuk ‘meramal dan mengawal tingkahlaku’
Eksperiment
v  Eksperimentnya dikenali sebagai Eksperiment Little Albert.
v  Eksperiment dijalankan ke atas seorang bayi, Albert B yang berumur 9 bulan.
v  Pada awalnya,  mereka telah menunjukkan Albert seekor tikus putih diikuti dengan seekor arnab, seekor monyet dan beberapa topeng yang berbaza.
v  Hasilnya, Albert menunjukkan reaksi seronok dan agak selesa.
v  Apabila Albert berumur 11 bulan, beliau sekali lagi ditunjukkan seekor tikus putih.
v  Pada awalnya, Albert menunjukkan reaksi yang sama seperti dahulu,
v  Kemudian, Watson pun mengeluarkan satu bunyi yang kuat dengan menggunakan sebatang paip besi dan pemukul.
v  Bunyi ini begitu mendadak lalu menyebabkan Albert menangis.
v  Keadaan ini berulang-ulang selama tujuh kali seminggu.
v  Di akhir tempoh tersebut, walaupun Albert hanya ditunjukkan tikus sahaja tanpa diikuti dengan sebarang bunyi, beliau kelihatan takut lalu menangis pula.
Rumusan eksperiment
v Pada awalnya, Albert telah dilazimkan untuk menangis sebagai gerakbalas terhadap tikus putih sahaja.
v Namun, apabila berlanjutan, beliau telah membuat kesimpulan bahawa apa sahaja yang berwarna dan berbulu putih mempunyai perkaitan dengan bunyi yang kuat.
v Watson telah menunjukkan bahwa pelaziman klasik boleh menyebabkan fobia(ketakutan yang kurang rasional terhadap sesuatu situasi yang merbahaya).



0 comments: